Posts

Begini rupanya imej benih rumput bawah mikroskop..

Image
Melihat kehebatan ciptaanMu ya Allah.. Sungguh Allah itu Maha Pencipta.. Dari sebesar-besar alam, sehinggalah ke sekecil-kecil perkara, semuanya sempurna dan cantik. Sekarang ni saya masih lagi mencari idea apa yg menarik agaknya untuk dilihat di bawah mikroskop.. Ini bukan mikroskop biasa dalam makmal sekolah tu ya.. Ini mikroskop makmal Gred Penyelidikan..  Jadi apa yang anda semua ingin lihat di bawah mikroskop, sila komen ya..  Jangan lupa subscribe youtube channel saya untuk video-video yang insyaAllah fresh & bermanfaat untuk semua..

Duit Insuran Kemalangan Kita bukan tolak Lawyer Fee je tau...

Image
Semuanya bermula bila aku kemalangan pada 17.2.2019.. Setahun 4 bulan baru setel aku punya kes... Memang normal masa setahun lebih tu..  Tapi yang aku tak boleh terima, 4 bulan motor aku baru boleh keluar bengkel.. MC sebulan, kemudian sebulan pergi kerja naik grab, lepas tu baru dah berani sikit bawa motor aku yang satu lagi (mujur motor lama tak jual).. 12.6.2020 dapat cek Insuran Kemalangan.. Kalau kira ikut peratus, lawyer 30%, polis 2.5%. Bengkel aku tak pasti berapa peratus depa ambil.. Tapi yg pasti bengkel & IO memang "makan nasi sepinggan". Cara cakap dalam telefon pun mcm dah biasa buat kerja sama-sama.. Ye lah, ni salah satu perniagaan depa.. Halal atau tak, itu tak pasti.. Yang pasti, yang depa claim tu DUIT AKU.. Tapi aku nak berkira sangat pun tak boleh jugak, dah kerja depa.. So, nak mudah hidup semua orang, HALALkan je lah duit tu bagi kat depa semua.. Walaupun ada balance RM7k, siapa nak bagi buta-buta RM7k kat aku zaman sekarang n

BVSM - Tipu ke Betul atau sandiwara MLM?

Image
sekarang ni nama Hai-O popular kembali, dengan bantuan artis terkenal, media sosial dan media TV.. saya terkenang balik pengalaman saya dengan Hai-O lebih kurang 10 tahun yang lalu, saya didekati dengan secara halus oleh suami rakan sekerja saya, sungguh-sungguh pujuk saya buat loan RM20,000.00, borong Premium Beautiful 20 keping, supaya dia dapat naik jadi CDM cepat.. nak beli Toyota Caldina Blue Candy, sebagai penyuntik semangat.. Modal yg dia bagi saya, duit bonus boleh buat hantar mak ayah pegi umrah & 1 ready buyer PB.. saya pelik, kalau dah ada buyer, kenapa bagi saya? kenapa tak ambil saja buyer tu, biar buyer tu bayar 2 tahun bulanan kat kau..Sudahnya, saya terpaksa buat loan RM3,000.00 (RM1,000 buat pelaburan) untuk beli korset tu dan bagi kat buyer tersebut.. Mujur..loan saya cuma Rm3k, langsai 2 tahun lebih.. hasilnya? zero... Bila gagal, sapa yg salah? depa takkan mengaku salah, yang salah adalah diri sendiri sebab tak cukup usaha... konon.. sekarang, tak past

Al-A'raaf: Ahli Syurga Paling Miskin

Image
Sumber. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan di antara keduanya (syurga dan neraka) ada tembok 'al-A'raaf' (yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok al-A'raaf itu ada sebilangan orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli syurga (dengan memberi salam, katanya): Salaamun Alaikum (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk syurga, pada hal mereka ingin sangat memasukinya. Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang yang zalim." (Surah al-A'raf, ayat 46-47) Menurut Imam al-Qurtubi, al-a'raaf dari segi bahasa ialah tempat mulia atau ditinggikan dan dapat melihat orang melalui titian sirat untuk memasuki syurga atau neraka. Perkongsian melalui slot Mau'izati di IKIMfm, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menceritakan

Tips & pengalaman kami ketika mengembara ke Jepun 2016

Tips & pengalaman kami ketika mengembara ke Jepun 2016. bermula 18.4.2016 sehingga 27.4.2016, saya dan isteri sekali lagi ke luar negara, mencari pengalaman dan pengetahuan di negara luar.. kali ini ke Jepun.. Mungkin ramai yg akan menyangka kami kerja hebat, gaji banyak sampai boleh ke luar negara, tapi hakikatnya kami suami isteri hanya penjawat awam dengan taraf gaji yang boleh dikatakan “miskin bandar”.. sebab tu kami peruntukkan setahun untuk mengumpul seberapa banyak simpanan, termasuk bermain ‘kutu’ dan melabur di dalam ASB di samping meminimumkan potongan gaji bulanan. Bukan setakat mengumpul wang, perancangan rapi serta anggaran penggunaan wang di negara yang bakal dilawati juga mesti tepat.. sebelum kami ke Korea, kami menggunakan cara yang sama untuk mengumpul wang dan merancang penggunaan wang di Korea seperti mencari tempat tinggal yg murah, menyewa kenderaan yang murah, membeli pas perjalanan, menggunakan apa sahaja token untuk mendapat diskaun, naik bas