Posts

Showing posts from May, 2016

Tips & pengalaman kami ketika mengembara ke Jepun 2016

Tips & pengalaman kami ketika mengembara ke Jepun 2016. bermula 18.4.2016 sehingga 27.4.2016, saya dan isteri sekali lagi ke luar negara, mencari pengalaman dan pengetahuan di negara luar.. kali ini ke Jepun.. Mungkin ramai yg akan menyangka kami kerja hebat, gaji banyak sampai boleh ke luar negara, tapi hakikatnya kami suami isteri hanya penjawat awam dengan taraf gaji yang boleh dikatakan “miskin bandar”.. sebab tu kami peruntukkan setahun untuk mengumpul seberapa banyak simpanan, termasuk bermain ‘kutu’ dan melabur di dalam ASB di samping meminimumkan potongan gaji bulanan. Bukan setakat mengumpul wang, perancangan rapi serta anggaran penggunaan wang di negara yang bakal dilawati juga mesti tepat.. sebelum kami ke Korea, kami menggunakan cara yang sama untuk mengumpul wang dan merancang penggunaan wang di Korea seperti mencari tempat tinggal yg murah, menyewa kenderaan yang murah, membeli pas perjalanan, menggunakan apa sahaja token untuk mendapat diskaun, naik bas