Posts

Showing posts from 2016

Al-A'raaf: Ahli Syurga Paling Miskin

Image
Sumber. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan di antara keduanya (syurga dan neraka) ada tembok 'al-A'raaf' (yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok al-A'raaf itu ada sebilangan orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli syurga (dengan memberi salam, katanya): Salaamun Alaikum (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk syurga, pada hal mereka ingin sangat memasukinya. Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang yang zalim." (Surah al-A'raf, ayat 46-47) Menurut Imam al-Qurtubi, al-a'raaf dari segi bahasa ialah tempat mulia atau ditinggikan dan dapat melihat orang melalui titian sirat untuk memasuki syurga atau neraka. Perkongsian melalui slot Mau'izati di IKIMfm, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menceritakan

Tips & pengalaman kami ketika mengembara ke Jepun 2016

Tips & pengalaman kami ketika mengembara ke Jepun 2016. bermula 18.4.2016 sehingga 27.4.2016, saya dan isteri sekali lagi ke luar negara, mencari pengalaman dan pengetahuan di negara luar.. kali ini ke Jepun.. Mungkin ramai yg akan menyangka kami kerja hebat, gaji banyak sampai boleh ke luar negara, tapi hakikatnya kami suami isteri hanya penjawat awam dengan taraf gaji yang boleh dikatakan “miskin bandar”.. sebab tu kami peruntukkan setahun untuk mengumpul seberapa banyak simpanan, termasuk bermain ‘kutu’ dan melabur di dalam ASB di samping meminimumkan potongan gaji bulanan. Bukan setakat mengumpul wang, perancangan rapi serta anggaran penggunaan wang di negara yang bakal dilawati juga mesti tepat.. sebelum kami ke Korea, kami menggunakan cara yang sama untuk mengumpul wang dan merancang penggunaan wang di Korea seperti mencari tempat tinggal yg murah, menyewa kenderaan yang murah, membeli pas perjalanan, menggunakan apa sahaja token untuk mendapat diskaun, naik bas