Skip to main content

Tips & pengalaman kami ketika mengembara ke Jepun 2016

Tips & pengalaman kami ketika mengembara ke Jepun 2016.
bermula 18.4.2016 sehingga 27.4.2016, saya dan isteri sekali lagi ke luar negara, mencari pengalaman dan pengetahuan di negara luar.. kali ini ke Jepun..
Mungkin ramai yg akan menyangka kami kerja hebat, gaji banyak sampai boleh ke luar negara, tapi hakikatnya kami suami isteri hanya penjawat awam dengan taraf gaji yang boleh dikatakan “miskin bandar”..
sebab tu kami peruntukkan setahun untuk mengumpul seberapa banyak simpanan, termasuk bermain ‘kutu’ dan melabur di dalam ASB di samping meminimumkan potongan gaji bulanan.
Bukan setakat mengumpul wang, perancangan rapi serta anggaran penggunaan wang di negara yang bakal dilawati juga mesti tepat..
sebelum kami ke Korea, kami menggunakan cara yang sama untuk mengumpul wang dan merancang penggunaan wang di Korea seperti mencari tempat tinggal yg murah, menyewa kenderaan yang murah, membeli pas perjalanan, menggunakan apa sahaja token untuk mendapat diskaun, naik bas & subway (jangan naik teksi), berjalan kaki, kurangkan memilih tempat lawatan berbayar, datang ke MATTA fair untuk menempah @ membeli keperluan (biasanya ada diskaun). semua tu kena study betul2 dalam internet dan website yang berkenaan..
Berpandukan pengalaman di Korea, kami belajar dari kesilapan dan improve dalam lawatan ke Jepun..  antaranya:
Bawa baju hujan – di Korea kami tak bawa baju hujan & terpaksa beli dgn harga yg mahal. Mujur kami bawa ke Jepun kerana ada satu hari hujan turun dari pagi sampai malam..
Bawa beg tarik – Di Korea kami pikul segala jenis barang dalam Backpack. berat dan sangat banyak beg yg perlu di bawa sehingga kami tertinggal beg kamera di dalam teksi… Untuk ke Jepun, kami bawa beg tarik untuk mengisi segala makanan dan isi semula dengan barang2barang lain bila makanan sudah habis, back pack jadi lebih ringan dan kami boleh jalan lebih jauh.
Bawa Power Bank – di Korea, kami hanya bergantung kepada soket elektrik untuk mengecas kamera sehingga sampai satu masa, kami terpaksa bazirkan banyak masa  mengecas bateri kamera di dalam tandas awam… YA, CAS BATERI dalam TANDAS AWAM… Di Jepun, kami bawa 2 set power bank 10000mAH untuk mengecas 2 smart fon & 1 kamera digital.. kami boleh survive sampai malam tanpa risau bateri habis. (cuma jangan lupa cas balik power bank waktu malam)
Download offline map – Ini sangat-sangat membantu.. sewaktu di Korea kami masih lagi menggunakan handfon berkeypad… tak berguna langsung di Korea. kami hanya bergantung kepada peta kertas yg kami print dari google maps. akibatnya, kami melilau cari guest house sampai 3 jam, tak jumpa2 dan akhirnya terpaksa cari hotel murah untuk tidur sebab suhu di luar terlalu sejuk.. melalui smartfon,(dalam kes saya, saya guna HERE MAP yang memang sudah tersedia dalam Nokia Lumia 525)  anda cuma perlu buka maps dan “add to favourite” setiap lokasi yg anda akan pergi.. sama ada stesen subway, kedai makan, guest house, taman perumahan dan lain2.. teknik ni dah selamatkan kami banyak masa dan wang.. arah kiblat pun boleh dapat dengan cara ini.. (saya menggunakan handfon Nokia Lumia 525). bila anda buka maps, secara automatik peta itu akan “di muat turun & di simpan” di dalam memori kad. jadi bila anda tak ada akses internet, peta yg anda buka sebelum ini masih lagi wujud beserta dengan “favourite place” anda.. “ON” kan lokasi anda dan anda akan tahu arah mana yg patut anda pergi…
Belajar sedikit bahasa mereka - Tak perlulah sampai pergi kelas malam belajar bahasa asing.. kalau boleh lagi baguslah… tapi dengan kesempitan waktu dan kos, anda cuma perlu belajar & hafal nombor, perkataan2 & nama2 yang penting sahaja seperti Nombor 1 – 10 000 ( sebab mata wang Korea & Jepun mencecah nilai itu) dari mana, di mana hendak ke mana, untuk seorang, untuk dua orang, apa khabar, tumpang tanya, terima kasih. dan juga nama tempat yg penting seperti stesen bas / subway, tandas dan sebagainya.. Kalau setakat hafal soalan dalam bahasa Korea, kalau mereka jawab dalam bahasa korea kita fahamkah..?
Dan di Jepun, saya banyak menggunakan perkataan futari (dua orang), …..kara…..made (dari…. ke….), kore (ini), ohayou gozaimasu (selamat pagi), sumimasen (excuse me), watashitachi (kami) dan juga Arigato Gozaimasu…. sebagai persediaan, saya juga hafal perkataan Buta (Babi) & Sake (arak). Bahasa jepun tak begitu complicated seperti Bahasa Korea.. Di Korea saya cuma hafal nombor dan beberapa patah perkataan… pernah sekali kami sedang belek2 peta, ada sorang lelaki datang kepada kami (mungkin nampak kami macam lost) dan bertanya “Odigayo..?” mujur saya tahu perkataan itu bermaksud (nak pergi mana..?) saya jawab “Kenchannayo, gamsahamnida..” (kami okey,, terima kasih..) Nampak dia macam faham dan dia pun pergi.. Di Jepun, saya dah sampai ke tahap tempah tiket dalam bahasa Jepun..Sekali dia jawab balik dalam bahasa Jepun, kami garu kepala jugak sebab tak berapa cekap lagi sebut jam & minit dalam Jepun.. tapi bila 7 hari berada di Jepun, kerap dengar pengumuman jam & minit di stesen Keretapi, kami semakin faham dan fasih..
Lagi satu, ada seorang uncle tahu kami dari Malaysia, lalu dia kata pada kami “Mahathir, dai suki..” (sangat suka Mahathir).. Saya tahu suki = suka, jadi saya cuma jawab balik Arigatou Gozaimasu…
Cermin mata kecemasan & gam 3 second- Ini paling penting. Jika anda seorang yg rabun jauh & power pulak tinggi macam saya, jangan lupa bawa spek mata spare. Di Korea mujur tak berlaku apa-apa tapi kena beringat, kadang-kadang bila kita salah letak, kita sendiri boleh terpijak spek.. kalau spek dah patah & pecah, segala pemandangan indah jadi tak bermakna sebab semuanya blur. tak boleh buat apa langsung. Memang di Korea saya agak cuai sebab tak bawa spek mata spare sebab hanya saya saja yg tau bawa motor di Pulau Jeju, wife saya tak pandai drive, apatah lagi di Korea left-handed driver.. kalau spek saya patah, memang tak boleh pergi mana2… Dan incase spek kita patah tapi masih boleh pakai, Gam 3 second ada, boleh cantum balik.. (dengan cara tu sy boleh survive di Jepun dengan memakai spek saya yg patah 3 hari sebelum ke Jepun….)
Setakat ni, itu saja yg mampu saya fikir, ke depan kalau ada lagi yg saya teringat, saya akan tambah..
Oh ya, jangan lupa lawat FB Page kami untuk follow perjalanan kami sepanjang berada di Jepun… kalau suka boleh LIKE..

Comments

Popular posts from this blog

BVSM - Tipu ke Betul atau sandiwara MLM?

Duit Insuran Kemalangan Kita bukan tolak Lawyer Fee je tau...

Al-A'raaf: Ahli Syurga Paling Miskin