BVSM - Tipu ke Betul atau sandiwara MLM?

sekarang ni nama Hai-O popular kembali, dengan bantuan artis terkenal, media sosial dan media TV..

saya terkenang balik pengalaman saya dengan Hai-O lebih kurang 10 tahun yang lalu, saya didekati dengan secara halus oleh suami rakan sekerja saya, sungguh-sungguh pujuk saya buat loan RM20,000.00, borong Premium Beautiful 20 keping, supaya dia dapat naik jadi CDM cepat.. nak beli Toyota Caldina Blue Candy, sebagai penyuntik semangat..

Modal yg dia bagi saya, duit bonus boleh buat hantar mak ayah pegi umrah & 1 ready buyer PB..

saya pelik, kalau dah ada buyer, kenapa bagi saya? kenapa tak ambil saja buyer tu, biar buyer tu bayar 2 tahun bulanan kat kau..Sudahnya, saya terpaksa buat loan RM3,000.00 (RM1,000 buat pelaburan) untuk beli korset tu dan bagi kat buyer tersebut..

Mujur..loan saya cuma Rm3k, langsai 2 tahun lebih.. hasilnya? zero... Bila gagal, sapa yg salah? depa takkan mengaku salah, yang salah adalah diri sendiri sebab tak cukup usaha... konon..

sekarang, tak pasti apa dah berlaku kat depa, yang pasti, mereka masih belum jadi jutawan.. siapa yg salah? CDM Hai-o?


SELIMUT DHUHA



Saya orang sains, bekerja dalam bidang sains. pekerjaan saya sebelum ini juga dalam bidang kejuruteraan. Dan bila ada satu produk yg bagus, saya suka kaji dari sudut saintifik.

selimut ajaib dan cahaya Dhuha? Langsung tak boleh diterima akal.. jemur bawah cahaya dhuha untuk charge tenaga?? hanya panel solar sahaja yang boleh hasilkan tenaga elektrik dengan sel photovoltaic.. bukan kain kapas BVSM..

Ada kajian dan ada journal oleh professor Edward Krizhanovsky, diterbitkan pada tahun 2014..
Anehnya tiba-tiba makcik ni main hentam kata selimut ni dah 20 tahun R&D oleh saintis Korea..


Betul saintis Korea? siapa? Kim Jon Un?

Saya cuba meyakinkan diri saya yang selimut Ajaib ini benar-benar berfungsi seperti yang dikatakan dengan membaca keseluruhan journal tersebut.. Apa yg saya dapati, kandungan journal tersebut LANGSUNG TAK CERITA APA-APA PASAL GARAM ATAU CAHAYA WAKTU PAGI.. hanya dinyatakan "..natural energy fields in Malaysia within 1 day..". That's it.. 

Saya sebagai seorang yang bekerja dalam bidang sains, melihat journal yang dikeluarkan Professor tersebut hanya sebagai "lesen terbang" untuk sandaran saintifik bagi Selimut Dhuha.. sebab?? Selimut ni mai dari mana..? kalau setakat exposed kat cahaya matahari boleh jadi "activated Mattress", selimut hapak aku pun boleh jadi selimut ajaib jugak... tak ada penerangan khusus mengenai tindak balas selimut ni dengan cahaya matahari atau garam..

saya bagi contoh.. Isi petrol dalam kereta, kereta boleh bergerak.. macam mana boleh bergerak?? sebab ada pembakaran dalam enjin.. macam mana berlaku pembakaran? sebab ada spark di dalam piston, bilamana bertemu dengan petrol akan menghasilkan pembakaran.. macam mana dengan pembakaran kereta boleh bergerak? dengan pembakaran petrol tadi, terhasil satu tenaga yg menolak piston, dan piston tu bersambung dengan drive shaft yang menggerakkan tayar..

*(okay saya orang sains, bukan orang automatif) tapi u can see how the process flows kan..? dari a sampai z.. kalau kereta tak bergerak, anda boleh trace balik di mana silapnya.. detail..

Macam mana kalau saya cakap.. isi petrol dalam kereta, kereta boleh bergerak.. macam mana boleh bergerak? sebab petrol tu adalah bahan bakar paling efisien, yang berasal dari petroleum bawah tanah kawasan laut china selatan. terkenal dengan kualitinya yang kurang plumbum, dikeluarkan dengan proses carigali di tengah laut, diproses dengan kajian saintifik oleh saintis Korea dengan teknologi termoden selama 20 tahun untuk menghasilkan satu petrol yang berkualiti yang boleh menggerakkan kereta lebih jauh, dan lebih menjimatkan. Dengan asbab 1 liter petrol ini, kereta anda boleh bergerak sejauh 50km dengan kelajuan 100km/j tanpa ada pengurangan halaju..InsyaAllah..

*Dengan asbab petrol, kereta bergerak. Kalau tak bergerak walaupun dah isi petrol full tank? nak buat macam mana, Tuhan tak izinkan...

Itulah apa yang saya dapat lepas saya baca journal tersebut. Method yang digunakan langsung tak memberi apa-apa petunjuk tentang selimut ajaib / selimut dhuha / BVSM ni. Dia boleh cakap macam-macam method kajian yang dia guna tapi tak dinyatakan langsung apa-apa mengenai BVSM. Apa tadi? "..natural energy fields in Malaysia within 1 day.."? Kat negara lain tak ada eh..

In the end of the journal ada ACKNOWLEDGEMENT to “Hai-O Enterprise Bhd” leading by Tan Kai Hee, Cahirman and Tan Kee Hock, Managing Director.

hhmmmm...

selimut dan Hai-o... Oh,, rupanya selimut yg digunakan adalah selimut Hai-O... BVSM lah kiranya...

''selimut yg telah didedahkan dengan natural energy fields in Malaysia within 1 day..."

KALAU BETUL IKHLAS BERNIAGA..

Banyak yang bagi testimoni, kata selimut ajaib BVSM ni berkesan.. sebagai asbab... saya juga pernah promote barang Hai-O, siap buat blog khas nak promote produk Hai-O, tapi bila orang tanya:

"halal tak..?"
"berkesan tak..?"

saya pun tak berani nak jawab, sebab, saya pun tak pakai semua barang tu, tak makan pun... jual je.. nak untung.. nak duit..

Yang menjual BVSM, ada beli untuk diri sendiri tak..? saya berani cakap, tak ada pun yg sanggup keluarkan RM1,500.00 duit sendiri untuk pakai sendiri kat rumah..

Dan, jika betul nak berniaga, berniagalah dengan cara yg betul.. jangan berani claim macam-macam kalau tak ada kajian saintifik.. siap ada yg cakap boleh buang sihir, repair slip disc, cure kanser, pelaris, awet muda.. jangan buat memain penyakit-penyakit ni..

BUKAN DENGKI

bukan nak menjatuhkan bangsa sendiri, tapi logiklah sikit, sebelum jadi penjual, kena fikir, ramai sangat ke rakyat Malaysia yang sakit? yang sakit pun mampu ke nak beli selimut harga sampai RM1500.00? kalau semua org nak jual, nak kaya, siapa nak beli? Nak target prospek di hospital? entah-entah dah penuh di hospital dengan ahli Hai-O promote benda yg sama..

Jangan kerana perkataan "ASBAB" kita boleh lepaskan diri dari rasa bersalah...

yang nak join bisnes Hai-O ni, fikirlah dengan tenang, jangan hanyut.. ya betul, nak kaya kena usaha, tapi bukan dengan jual selimut berharga RM1500.00.

Kalau betul nak tolong orang, kau beli satu, buka pusat rawatan BVSM, sewa kan selimut pada pesakit, sejam RM10.00 contohnya.. kata 10 minit dah rasa perbezaan kan..... tahan pun 5 tahun.. boleh cas lagi waktu dhuha.. kalau takde effect, takpe, paling habis pun 10 kali rawatan, baru RM100.00.. seorang..kalau 10 orang?

macam tu baru berniaga untuk tolong orang.. diorang tak rugi, kau pun untung..

Comments

  1. Senang je chairman buat duit drpd geng2 slimut ajaib ni...mudahnya tertipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam MLM, jual belacan 1 tupperware RM500.00 pun boleh jalan.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Itu la hasilnya kalau berniaga guna teknik MLM.....dalam Islam, X de istilah berniaga guna MLM....

    ReplyDelete
  4. Tidak apalah..mudah²an bagi mereka yg sudah terbeli bvsm
    akan mendapat kesembuhan sesuai dengan usahanya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Duit Insuran Kemalangan Kita bukan tolak Lawyer Fee je tau...

Al-A'raaf: Ahli Syurga Paling Miskin